Oleh Ritah Yahaya
23 Ogos 2021, 20:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pemakaian dua lapis pelitup muka dan pelindung muka merupakan satu strategi penting dan selamat untuk mengurangkan penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia.

            Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pemakaian pelitup muka jenis kain di atas pelitup muka pembedahan bersama-sama pelindung muka dapat memberikan lebih banyak perlindungan kepada individu daripada jangkitan varian Delta penularan COVID-19.

      “Penggunaan pelindung muka dan dua lapis pelitup muka dapat memberikan perlindungan sebanyak 96% terhadap jangkitan varian Delta,” kata beliau.

        Menurut  kajian baharu, Varian Membimbangkan atau Variant of Concern (VOC) Delta COVID-19 dapat berkembang biak di rongga hidung individu yang terinokulasi dengan vaksin COVID-19.

 

(Sumber berita dan gambar: New Straits Times,  23 Ogos, 2021)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.