Diterbitkan pada 15 Ogos 2021, 19:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebanyak 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Kit ujian ini hanya boleh dijual di farmasi komuniti berlesen atau fasiliti kesihatan yang dibenarkan. Orang ramai dinasihatkan supaya membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang mendapat kelulusan bersyarat kerana kit ujian ini diluluskan berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pakar Penilaian Akses Khas COVID-19 dan lulus ujian prestasi yang dijalankan oleh beberapa buah makmal terpilih.

Orang ramai juga dinasihatkan merujuk arahan penggunaan pada label kit tersebut bagi memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ini digunakan dan dilupuskan dengan cara yang betul dan selamat. Penjualan kit ujian ini dikawal kerana faktor keselamatan dan untuk memudahkan pengesanan pengguna jika berlaku sebarang masalah. Keputusan sama ada positif, negatif atau tidak sah perlu dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di sini.

(Sumber): Kementerian Kesihatan Malaysia
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi