Diterbitkan pada 10 Ogos 2021, 20:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2021 akan diadakan secara maya dari 13 hingga 20 Ogos 2021. Majlis pelancaran program ini pula akan diadakan pada 14 Ogos 2021 dengan tema sambutan, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2021 ialah “Derma Organ: Milik Bersama”.

Bersempena dengan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2021, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Antaranya termasuklah sesi pelancaran oleh perasmi program, pertandingan melukis poster, cabaran BookDoc, webicara Derma Organ Istimewa, dan pelbagai kuiz interaktif yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan Nasional atau media sosial rasminya, (Derma Organ).

(Sumber): Facebook Derma Organ
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi