2 Ogos 2021, 20:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Susu ibu ialah makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu dapat melindungi bayi daripada sebarang risiko kegemukan, hiperkolesterolemia serta pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis 2 dan hipertensi apabila dewasa.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut pada 1 Ogos hingga 7 Ogos setiap tahun. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu di Malaysia. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan, dan meneruskannya hingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberi kepada bayi mulai umur enam bulan.

10 Langkah Kejayaan Penyusuan Susu Ibu

  1. Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memaklumkan semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  1. Membantu para ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya satu jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan memberikan bantuan sekiranya perlu.
  1. Memberikan tunjuk ajar kepada para ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.
  2. Tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu kepada bayi baharu lahir kecuali atas sebab perubatan.
  3. Mengamalkan pendekatan ibu bersama-sama bayi setiap masa (rooming-in), iaitu memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam sehari.
  4. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda ingin menyusu (feeding cues).
  1. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
  2. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk para ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.