Diterbitkan pada 22 November 2023, 15:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Rakyat Malaysia diseru untuk memakai pakaian berwarna jingga pada 25 November ini bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap Kempen Hentikan Keganasan terhadap Wanita.

Kempen tersebut dilaksanakan adalah bersempena dengan sambutan Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita yang disambut di seluruh dunia pada setiap 25 November.

Sebagai simbolik permulaan kepada kempen berkenaan juga, Menara Kuala Lumpur akan disinari dengan warna jingga pada malam 24 November ini sebagai tanda solidariti bagi menghentikan keganasan terhadap wanita hasil inisiatif daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu, pemilik premis turut dialu-alukan untuk menghiasi premis mereka dengan warna jingga bagi menyokong kempen tersebut.

Program kesedaran untuk menghapuskan keganasan dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan hingga peringkat akar umbi seperti di komuniti setempat, sekolah, universiti dan tempat kerja juga harus diperbanyak dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu bagi membolehkan kempen tersebut berjaya mencapai matlamatnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi