Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Sesi libat urus yang melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta pemain utama industri ayam telah diadakan di Wiswa Tani, MAFI, semalam. Sesi ini telah dihadiri oleh 12 orang pemain lndustri dan persatuan penternak seperti Leong Hup Poultry Farm Sdn. Bhd., HLRB Broiler Farm Sdn.Bhd., PWF CorporaUon Bhd. Federation of Livestock Farmers’ Associations of Malaysia (FLFAM), dan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS).
Menurut Menteri MAFI, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dalam kenyataan medianya, MAFI mengambil maklum akan semua isu yang telah dibangkitkan, termasuklah peningkatan kos pengeluaran ayam, masalah kenaikan berat badan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca, proses Kebenaran Merancang (KM), dan sebagainya yang antara lain telah menjejaskan operasi dan seterusnya memberikan kesan kepada bekalan ayam.
Tambah beliau, isu berkaitan dengan pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kepada penternak juga telah dibincangkan. DVS akan terus mempermudah dan mempercepat proses tuntutan subsidi penternak ayam bagi merancakkan aktiviti pengeluar makanan ke arah meningkatkan pengeluaran domestlk.
Untuk makluman, kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90/kilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.
Tujuan subsidi ini diberikan adalah untuk meringankan beban kos pengeluar ayam yang kian meningkat. Waiau bagaimanapun, hanya sebanyak RM5O juta subsidi telah dibayar setakat ini. Semua penternak yang memenuhi syarat diminta untuk mengemukakan permohonan supaya tuntutan dapat disalurkan dalam tempoh yang telah dijanjlkan.
Melalui sesi libat urus ini, pihak industri telah memberikan komitmen dan jaminan bahawa ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan.
Mengulas dengan lebih lanjut tentang hal ini, MAFI akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pihak industri yang berperanan penting dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluarannya kekal terjamin.
Mana-mana pihak yang menyorok, menyimpan atau sabotaj terhadap bekalan ayam dalam pasaran yang dapat menjejaskan kehidupan rakyat akan dikenakan tindakan tegas daripada pihak kerjaan. Pihak kerajaan juga tidak akan berkompromi tentang hal ini.
MAFI juga sentiasa memandang serius terhadap sebarang perkara yang mengancam sekuriti makanan negara dan akan terus mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan bekalan makanan negara akan terus kekal terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.