Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangRiyadh: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan jemaah haji yang mengunjungi Masjidil Haram di Mekah tidak perlu lagi beratur untuk menghilangkan dahaga. Hal ini demikian kerana robot akan memberikan air zamzam kepada para jemaah dan kakitangan masjid.
Robot itu akan berjalan-jalan di sekitar masjid, bagi membolehkan jemaah dan kakitangan masjid mengambil sebotol air apabila robot ini mendekati mereka tanpa perlu beratur atau berkongsi sebotol air dengan orang lain.
Abdulrahman al-Sudais, Presiden Presidensi Umum Urusan Dua Masjid Suci, (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) menegaskan Arab Saudi memperkenalkan beberapa langkah kebersihan demi menjaga keselamatan jemaah dan kakitangan masjid, khususnya ketika pandemik COVID-19. Satu daripada langkah tersebut adalah melalui penggunaan teknologi canggih.
Robot pintar ini mengamalkan kebersihan kerana tidak menyentuh apa-apa objek, termasuklah manusia.
(Berita dipetik daripada ArabNews.)