Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSubang Jaya – Jenama penjagaan kulit terkenal Malaysia, Dododots telah memperkenalkan produk tampalan jerawat terbaharu mereka yang menggabungkan konsep inovatif.
Produk tersebut yang dinamakan “Bekas Anda” direka dengan bentuk yang menyerupai lipas dan tampalan jerawat tersebut dikeluarkan dalam bentuk serangga tersebut.
Menurut Pengurus Dododots Singapura dan Australia, Magdalene Lim, falsafah syarikat sentiasa menekankan tindakan positif, kebaikan dan kasih sayang terhadap diri sendiri melalui produk-produk mereka.
“Saya tidak pasti sama ada masyarakat akan menerima produk berbentuk lipas ini, tetapi yang pasti, tampalan ini tetap berfungsi dengan sempurna untuk menutup dan melindungi jerawat mereka,” kata Lim.

Dododots merupakan produk keluaran Malaysia yang dicipta oleh Esther Wong dan Ethan Wong, dua rakan sekerja yang berjuang dalam melawan masalah jerawat.
Mereka memulakan perniagaan ini dengan hasrat membantu orang lain yang menghadapi masalah sama untuk berasa lebih yakin dan selesa dengan kulit mereka.
Kedua-dua graduan jurusan sains ini telah menggabungkan pengetahuan dalam bidang bioteknologi perubatan, biologi alam sekitar dan mikrobiologi untuk mencipta tampalan jerawat yang inovatif pada tahun 2021.
Hasil gabungan pengetahuan tersebut, tampalan kecantikan Dododots yang diperbuat daripada 100 peratus bahan hidrokoloid dengan pelbagai reka bentuk yang menyegarkan telah berjaya dihasilkan.
Produk ini juga telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) serta diperakui oleh Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa (ISO) dan Conformité Européenne (CE).
Magdalene Lim juga menyatakan bahawa walaupun produk inovatif berkenaan boleh didapati secara dalam talian, namun Dododots turut memperkenalkan mesin layan diri bagi memudahkan para pelanggannya mendapatkan produk ini.
Ujar beliau,
Mesin layan diri ini boleh didapati di Asian Avenue, Sunway Pyramid, MyTOWN, Paradigm Mall, Johor Bahru dan Plaza Singapura.
Syarikat ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan Guardian, rangkaian kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka yang telah membantu meluaskan kehadiran jenama Dododots ke lebih 600 buah kedai dan pusat beli-belah popular di Malaysia dan Singapura, selain platform e-dagang.