Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 12 Mac 2025, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kelantan – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isham Ishak menghadiri lawatan kerja bagi meninjau operasi pemborongan dan pemasaran hasil pertanian di kompleks RTC Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan pada pagi semalam.

Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada usaha KPKM dan FAMA dalam melaksanakan program andalan (flagship) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang bertujuan mereformasi pasar borong di seluruh negara berpandukan Model Talaad Thai.

Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak diberikan gambaran yang menyeluruh tentang rantaian bekalan makanan, bermula dari peringkat pemborong hingga ke peruncit dalam memastikan bekalan makanan berkualiti dapat sampai kepada pengguna dengan lebih efisien.

Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak ketika lawatan di sekitar pasar borong diiringi oleh Ketua Pengarah FAMA, Encik Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA, Puan Wan Faizatul Aniza Ismayatim serta barisan pegawai.

Hasil daripada lawatan ini dapat membuktikan komitmen berterusan FAMA dan KPKM dalam memperkukuh sistem pemasaran agromakanan negara, selaras dengan matlamat memastikan keterjaminan makanan dan kelestarian sektor pertanian di Malaysia.

Selain itu, FAMA berperanan dalam memperluas saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperoleh pada harga yang komprehensif.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Pengarah FAMA, Encik Abdul Rashid Bahri, Pengarah FAMA Negeri Kelantan, Puan Wan Faizatul Aniza Ismayatim serta pegawai dari FAMA Ibu Pejabat.

Kredit Foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi