Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 26 Februari 2025, 19:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ketua Eksekutif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Malaysia (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isham Ishak telah merasmikan program My Food 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre pada petang semalam.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Malaysia dalam kenyataan medianya, My Food 2025 bertujuan memperkukuh keterjaminan makanan negara dengan memberikan tumpuan kepada industri tempatan sebagai pemacu utama dalam memperkasakan produk makanan Malaysia serta memperluas akses pasaran bagi pemain industri tempatan.

Kata KPKM,

Food 2025 merupakan acara yang julung-julung kalinya bakal diadakan pada 24 hingga 26 April 2025 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan diadakan serentak dengan International Café & Beverage Show (ICBS), pameran yang berfokuskan kepada industri kafe dengan menawarkan produk premium inovatif untuk kafe persendirian dan peruncit di seluruh negara.

Ketua Eksekutif KPKM, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak menyampaikan ucapan perasmian dalam program My Food 2025 di Convention Centre, Kuala Lumpur.

 

Jelas pihak penganjur, program ini menghimpunkan pelbagai pakar daripada sektor komersial, kerajaan, dan akademik yang akan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka mengenai strategi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.

Perbincangan dalam program ini akan merangkumi pelbagai aspek, termasuklah penggunaan teknologi moden dalam pertanian dan penternakan, amalan terbaik dalam pengurusan sumber serta dasar dan insentif kerajaan yang dapat membantu merangsang pertumbuhan sektor makanan tempatan.

Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar serta pengamal industri dari pelbagai bidang dalam sektor pengeluaran makanan tempatan, sekali gus memperkukuh rangkaian kerjasama dan pertukaran idea yang bermanfaat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi