Diterbitkan pada 9 Disember 2024, 16:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Lebih daripada 30 orang peserta telah menyertai Kejohanan Dart Tertutup Kelab Keluarga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (KKKPKNP) yang diadakan di Pusat Rekreasi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Kompleks Teruntum, semalam.

Antara aksi para peserta dalam Kejohanan Dart Tertutup KKKPKNP 2024.

Kejohanan yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Presiden KKKPKNP, Encik Rahmat Hussin.

Menurut Encik Rahmat Hussin, kejohanan tersebut diadakan untuk mencari dan menyerlahkan bakat baharu ahli KKKPKNP dalam sukan dart dan sebagai persediaan awal untuk menyertai mana-mana pertandingan ataupun kejohanan luar yang bakal diadakan kelak.

Encik Rahmat Hussin ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Dart Tertutup KKKPKNP 2024.

Beliau turut menekankan bahawa penganjuran sebarang program kesukanan adalah untuk mengeratkan perhubungan dan ukhuwah dalam kalangan ahli KKKPKNP.

Ujar beliau,

Saya yakin bahawa penyertaan dan kehadiran para peserta pada hari ini adalah untuk memeriahkan program dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Dalam kejohanan dart bagi kategori lelaki, Encik Mohd Rozaimie Mohamad @ Abdul Rahman telah dinobatkan sebagai johan, Encik Mohd Adib Ali memenangi tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Nik Mohd Khasyimi Nik Kamarulzaman.

Para pemenang Kejohanan Dart Tertutup KKKPKNP 2024 bagi kategori lelaki bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, johan bagi kejohanan dart kategori wanita disandang oleh Puan Nurul Aishah Shibroman Maisib, tempat kedua dimenangi oleh Puan Wan Amirah Hafizah Ahmad Mahkotar, manakala tempat ketiga menjadi milik Nur Afiqah Yusof.

Para pemenang Kejohanan Dart Tertutup KKKPKNP 2024 bagi kategori wanita bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan.

Untuk sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Presiden 1 KKKPKNP, Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab.

Kredit Foto: Muhammad Amjad Mohamad Azhar
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi