Diterbitkan pada 9 November 2024, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis berjaya merangkul tiga emas, satu perak dan enam gangsa secara keseluruhannya dalam Invention, Innovation And Design Exposition (iidex2024) anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UiTM.

Para inovator UiTM Cawangan Perlis yang terdiri daripada gabungan warga pendidik, mahasiswa dan pascasiswazah ini berjaya membuktikan kejayaan inovasi mereka melalui pertandingan inovasi tahunan yang berlangsung di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail berkata, pelibatan kontinjen UiTM Cawangan Perlis dalam pertandingan ini dilihat mampu meningkatkan jaringan kolaborasi penyelidikan dan penjanaan idea baharu dan bernas merentas pelbagai bidang akademik dan bukan akademik. Jelasnya,

Penganjuran Program iidex2024 dapat memupuk persekitaran kolaboratif dan melestarikan budaya penyelidikan dan pengkormesialan produk inovasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini.

Tambahnya lagi,

Saya percaya program ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada warga akademik, tetapi juga kepada para pelajar pelbagai latar belakang yang turut menjadi peserta dalam usaha memupuk elemen inovasi dalam penyelidikan berimpak tinggi.

Tiga kumpulan inovator yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail (Fakulti Sains Gunaan), Prof Dr. Nafisah Mohd Isa @ Osman (Fakulti Sains Gunaan) dan Puan Nazalyyussma Yusop (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi) berjaya membawa pulang pingat emas.

Manakala, pingat perak berjaya dirangkul oleh kumpulan inovator yang diketuai oleh Dr. Dalina Samsudin dan gangsa menjadi milik enam buah kumpulan inovator yang diketuai oleh Ts Dr. Zuliahani Ahmad (Fakulti Sains Gunaan), Dr. Nur Maisarah Sarizan (Fakulti Sains Gunaan), Dr. Rozilah Rajmi (Fakulti Sains Gunaan), Dr. Hasyeilla Abd Mutalib (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan), Dr. Norhisam Bulot (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan) dan Encik Azlan Abdul Aziz (Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi