Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangFuzhou – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pingtan Institute of Xiamen University (XMUPT) telah melancarkan Pusat Satelit Super China (CSSC) UPM– XMUPT yang pertama di China.

Penubuhan pejabat satelit itu merupakan inisiatif UPM dalam memperkasakan kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui perjanjian persefahaman yang telah terjalin sebelum ini.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, YBrs. Profesor Dr. Ismi Arif Ismail berkata, kerjasama UPM dengan Pingtan Institute of Xiamen University merupakan inisiatif untuk memperkasakan kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui penubuhan pejabat satelit.
Ujar beliau,
Inisiatif ini dapat memupuk pertukaran pengetahuan dan kepakaran selain membuka ruang kepada aktiviti mobiliti pelajar dan kakitangan UPM secara timbal balas bersama-sama XUMPT.
Tambah beliau, penubuhan pejabat satelit UPM di China yang pertama ini menjadi simbol ikatan antara dua negara bagi memudah cara aktiviti akademik secara pesisir, penyelidikan kolaboratif, pertukaran budaya, pemindahan teknologi, advokasi dasar dan program mobiliti pelajar.
Beliau juga berkata, pemilihan XUMPT adalah bertepatan dengan hasrat UPM untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik dengan China dan negara serantau yang lain.
Terdahulu, UPM turut membuka kampus satelitnya di Pusat Satelit Super UPM–Kyutech (JSSC) di Kampus Wakatmatsu Kyutech, Jepun yang menjadi simbol persahabatan dan kebersamaan antara Malaysia dengan Jepun.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Pingtan, He JIeming sebagai usaha mempromosikan kemasukan pelajar antarabangsa seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global menjelang tahun 2025.
Turut hadir ialah Rektor XUMPT, YBrs. Profesor Madya Dr. Lin Fan, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, YBrs. Profesor Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dan Timbalan Dekan Siswazah, SPE, UPM, YBrs. Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed.