Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSungkai – Penganjuran Karnival Pandu Puteri daerah Batang Padang dan Muallim yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit merupakan langkah positif ke arah melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, malah peka terhadap perkembangan teknologi yang memberikan impak besar kepada masyarakat.
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) turut diundang menghadiri karnival yang mengumpulkan lebih daripada 150 orang ahli dan pemimpin dari 16 buah sekolah rendah dan sekolah menengah dan rendah di sekitar daerah Batang Padang dan Muallim.
Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang karnival tersebut berlangsung ialah melukis, mewarna, menyanyi, memasak, membina menara dengan menggunakan ikatan asas dan sebagainya.

Karnival berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Nuklear Malaysia merangkap ahli Pandu Puteri Seumur Hidup, Puan Habibah Adnan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan menggalakkan ahli pandu puteri untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini pada masa hadapan.
Beliau juga berkesempatan untuk memperkenalkan Nuklear Malaysia dan memberikan pendedahan yang bermanfaat mengenai sumbangan teknologi nuklear dalam kehidupan seharian.
Katanya,
Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan lebih banyak ahli pandu puteri akan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang STEM dan memberikan sumbangan kepada kemajuan negara.