Diterbitkan pada 6 September 2024, 15:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya — Sebanyak 10 orang warga Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) turut mengambil bahagian dalam program “Fun Run 3KM” yang diadakan bersempena dengan hari kemerdekaan anjuran Bahagian Antarabangsa di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.

Program berkenaan berjaya menarik penyertaan sebanyak 250 orang peserta dari pelbagai agensi di bawah MOSTI termasuklah Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, Agensi Angkasa Malaysia, Nuklear Malaysia, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.

Program yang bertemakan “Mosti Cergas Merdeka” itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim.

Dalam ucapannya, beliau mengungkapkan rasa syukur dan kekaguman terhadap pelibatan aktif warga MOSTI dalam program tersebut, seiring dengan cogan kata MOSTI, iaitu “MOSTI Luar Biasa”.

Ujar beliau,

Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta mempererat silaturahim antara warga MOSTI dengan agensi yang bernaung di bawahnya.

Warga Nuklear Malaysia bergambar bersama-sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim.

Acara larian dalam program berkenaan menawarkan beberapa kategori hadiah termasuklah Kategori A bagi peserta lelaki berumur 49 tahun dan ke bawah; Kategori B bagi peserta wanita berumur 49 tahun dan ke bawah, manakala Kategori Veteran bagi individu berumur 50 tahun hingga 60 tahun.

Encik Muhammad Aidell Amir berjaya meraih tempat kedua bagi Kategori A dalam program “Fun Run 3KM”.
Kategori Veteran dalam program “Fun Run 3KM” dimenangi oleh YBrs. Dr. Zalina Laili.

Selain acara larian, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah dan pertandingan pakaian tercantik.

Setiap peserta yang menyertai acara dalam program ini menerima sijil penyertaan digital sebagai tanda penghargaan.

Puan Yasmin Yusoff diumumkan sebagai pemenang bagi acara pakaian tercantik perempuan.
Antara peserta dari pelbagai agensi yang menyertai acara pakaian tercantik.

Warga Nuklear Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila Encik Muhammad Aidell Amir berjaya meraih tempat kedua dalam Kategori A, manakala YBrs. Dr. Zalina Laili berjaya mengungguli Kategori Veteran, manakala Puan Yasmin Yusoff pula diumumkan sebagai pemenang bagi acara pakaian tercantik perempuan.

Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan sewajarnya diteruskan pada masa akan datang untuk terus mempromosikan gaya hidup sihat, sekali gus memupuk semangat kerjasama antara warga MOSTI dengan agensi di bawahnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi