Diterbitkan pada 14 Mei 2024, 20:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Melaka – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi nuklear dan peranan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kepada orang awam, Bengkel Pemetaan Laman Sesawang Nuklear Malaysia telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka baru-baru ini.

Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat, Nuklear Malaysia yang telah  dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin itu memberikan peluang kepada pihak berkepentingan untuk mendalami penggunaan laman sesawang rasmi Nuklear Malaysia sebagai platform untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknologi nuklear.

Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin merasmikan Bengkel Pemetaan Laman Sesawang Nuklear di Hotel Bayview, Melaka.

“Penggunaan laman sesawang Nuklear Malaysia yang efektif dapat membantu meningkatkan pemahaman masyarakat tentang bidang ini,” kata YBrs. Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin.

Tambah beliau, bengkel yang disertai oleh 39 orang peserta ini juga dapat mengukuhkan lagi peranan Nuklear Malaysia dalam memastikan penggunaan teknologi nuklear yang selamat dan bertanggungjawab.

Beliau turut menyatakan bahawa bengkel seumpama ini turut memberikan penekanan kepada aspek pemetaan laman sesawang agar lebih mudah diakses dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Melalui usaha seperti ini, kesedaran dan pengetahuan tentang teknologi nuklear dapat ditingkatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sekitar Bengkel Pemetaan Laman Sesawang Nuklear berlangsung.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi