Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKisah Peter Pan, protagonis dari Never-Never Land, sebuah tempat yang kanak-kanak tidak pernah dewasa. Sindrom Peter Pan yang kadang-kadang dikenali sebagai kegagalan untuk mendewasakan diri atau menjadi matang, bukanlah diagnosis klinikal.
Ahli psikologi, Dan Kiley mencipta istilah “Sindrom Peter Pan” dalam bukunya, Peter Pan Syndrome: Lelaki yang Tidak Pernah Membesar (1983). Kiley bekerja dengan remaja lelaki yang bermasalah. Dia mendapati bahawa banyak remaja yang membesar menjadi lelaki dewasa yang berjuang untuk tidak menerima tanggungjawab orang dewasa.
Ciri Sindrom Peter Pan:
Kiley mendakwa keengganan untuk bersikap dewasa adalah kelemahan dan kekurangan daripada pihak lelaki. Dia juga percaya bahawa wanita yang mengongkong pasangan lelaki mereka (juga dikenali sebagai “Dilema Wendy”) memungkinkan lelaki terus menghindari tanggungjawab orang dewasa.
Sindrom Peter Pan bukanlah diagnosis yang diakui secara klinikal. Sindrom ini baharu dikenal pasti. Oleh hal yang demikian, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk meneroka fenomena tersebut. Ahli psikologi Humbelina Robles Ortega berpendapat bahawa mereka yang mempunyai Sindrom Peter Pan mungkin takut akan kesunyian. Oleh itu, mereka terus mencari orang lain untuk menjaga mereka, biasanya pasangan romantis.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa lelaki dengan Sindrom Peter Pan mungkin mengalami gangguan keperibadian. Sindrom Peter Pan sering menjadi sebahagian daripada sistem keluarga yang kompleks yang suami mempunyai keperibadian narsisis dan isteri mengalami kemurungan. Terapi keluarga atau kaunseling pasangan dapat membantu seisi keluarga.