Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam 4 Jun 2026.
Menurut MOSTI dalam satu kenyataan, setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan.
Ujarnya,
Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan.
MOSTI menasihatkan orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa menerusi talian telefon 03-8885 8685 atau e-mel kepada [email protected].
MOSTI juga menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi.
Katanya lagi, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.