1 Disember 2024, 15:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Penyu – Kelab Pelajar Satu Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Persatuan Toksikologi Malaysia telah berjaya menganjurkan program Eksplorasi Toksikologi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kuala Penyu untuk mendidik para pelajar agar berwaspada terhadap kesan racun.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, YBrs. Dr. Suntik Tuin itu disertai lebih daripada 100 orang pelajar SK Pekan Kuala Penyu dan 15 orang fasilitator dari Kelab Pelajar Satu Kesihatan, UMS selaku jawatankuasa pelaksana utama program berkenaan.

Penganjuran program tersebut adalah seiring dengan seruan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mahu melihat keperluan terdapatnya seorang saintis di sekolah bagi menimbulkan minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang sains sejak peringkat awal.

Para peserta melukis poster berkaitan dengan kesan toksikologi terhadap alam sekitar.
Peserta menunjukkan kreativiti mereka dalam satu daripada aktiviti interaktif tentang pakaian perlindungan yang diperlukan untuk pengendalian bahan berbahaya atau bahan kimia.

Dalam perkembangan lain, Modul Interaktif Pendidikan Toksikologi bagi pelajar sekolah rendah yang hak ciptanya telah dilindungi di bawah Persatuan Toksikologi Malaysia turut dilancarkan dalam program tersebut.

Sesi pelancaran Modul Interaktif Pendidikan Toksikologi.

Modul itu boleh digunakan oleh guru atau pelajar universiti untuk melaksanakan pendidikan awal dalam bidang toksikologi dengan adanya pelbagai aktiviti dan modul interaktif menerusi animasi yang menarik, modul yang telah diwasit oleh pakar toksikologi dan penggunaan bahasa yang mudah.

Pihak MOSTI turut bersetuju dan menyokong pihak UMS dan Persatuan Toksikologi Malaysia bagi menganjurkan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.

Dari kiri: YBrs. Dr. Zulkhairul Naim, YBrs. Dr. Rozaini Abdullah dan YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Razinah Sharif telah berjaya menghasilkan Modul Dunia Toksikologi: Waspada Kesan Beracun dan Kesannya.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Presiden Persatuan Toksikologi Malaysia, YBrs. Dr. Rozaini Abdullah; Timbalan Presiden Persatuan Toksikologi Malaysia, YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Razinah Sharif; Penasihat Persatuan Kelab Pelajar Satu Kesihatan, UMS, YBrs. Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad; wakil dari Kementerian Sains dan Inovasi Sabah serta tetamu undangan lain.

Barisan pelaksana utama dalam program Eksplorasi Toksikologi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.