10 Ogos 2022, 11:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Institut Kesihatan Negara (NIH) semalam. Majlis perasmian ini julung-julung kali diadakan oleh NIH sejak memulakan operasinya pada tahun 2020

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), NIH ditubuhkan untuk memastikan kolaborasi dan penyelidikan dalam bidang kesihatan berjalan dengan lancar. Antara peranan lain NIH termasuklah mengenal pasti keutamaan penyelidikan, menjalankan penyelidikan dan menggunakan hasil penyelidikan untuk perkhidmatan dan program kesihatan.

Majlis Perasmian Institut Kesihatan Negara di Setia Alam.

Sebelum ini, terdapat enam institusi penyelidikan dan sekretariat di bawah KKM yang kemudiannya digabungkan menjadi satu organisasi penyelidikan yang dikenali sebagai NIH pada tahun 2019.

NIH merangkumi enam institut dan dua pejabat, iaitu Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan Umum; Institut Penyelidikan Klinikal; Institut Pengurusan Kesihatan; Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan; Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan serta Pejabat Pengurus; dan Pejabat Pendaftar.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

(Sumber foto: Facebook KKM)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.