20 Jun 2022, 09:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi kanak-kanak (PICKids) yang berusia antara lima tahun hingga 11 tahun akan dibuka semula selama lima hari mulai 20 Jun 2022 bersempena dengan sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan tahun ini yang bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Yang Berhormat Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali, pembukaan program vaksinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak yang terlepas peluang sebelum ini dan sebagai satu daripada keprihatinan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin.

Ibu bapa yang berhasrat untuk mendapatkan vaksinasi ini boleh mendapatkannya tanpa janji temu di klinik kesihatan KKM dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata, pemberian vaksin adalah berdasarkan stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok pada hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak mereka pada keesokan harinya.

Tambah beliau lagi, ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi COVID-19 ataupun baru membuat keputusan untuk membenarkan anak mereka divaksinasi digalakkan mengambil peluang ini.

Sementara itu, bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.