11 Mei 2022, 22:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Liew Chin Yap diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai penderma darah aferesis terbanyak di Malaysia.

Menurut kenyataan Pusat Darah Negara (PDN) di media sosialnya, sehingga 18 April 2022, Liew Chin Yap telah menderma darah sebanyak 632 kali.

Beliau teraspirasi untuk terus menderma darah apabila mengetahui keperluan darah untuk pesakit hanya boleh diperoleh menerusi pendermaan darah.

Setakat ini, Liew Chin Yap telah menderma darah secara konsisten selama tiga dekad, bermula pada tahun 1992 ketika menemani adiknya ke kempen derma darah.

Encik Liew Chin Yap, penderma darah yang terbanyak di Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, PDN merakamkan penghargaan kepada beliau atas sikap filantropinya yang telah berjaya menyelamatkan banyak nyawa.

Pada masa yang sama, PDN turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu Liew Chin Yap untuk mendapatkan pengiktirafan ini.

Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di pusat derma darah yang berhampiran agar dapat membantu pesakit yang memerlukan. Butiran lanjut berkenaan pendermaan darah boleh didapati melalui media sosial rasmi PDN atau hubungi PDN di talian 03-26132688.

(Sumber foto: Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.