26 April 2022, 11:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 skala Richter telah melanda Kundasang, Sabah pada pukul 9.28 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan pusta gempa bumi tersebu terletak pada 6.10 utara dan 116.60 timur, iaitu 14 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi tersebut mengakibatkan gegaran yang boleh dirasai di sekitar Ranau, Sabah. MET Malaysia juga mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

Orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.