3 Mac 2022, 10:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

George Town – Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. (Mediven) mengumumkan kit ujian pantas (RTK) Antigen ProDetect® COVID-19 keluarannya memperoleh skor ketepatan 100 peratus dalam Program Penilaian Kualiti Luar (EQAP) yang dikendalikan oleh European Society untuk penilaian kualiti luaran (EsFEQA).

Pengarah Operasi Mediven, Dr. Lim Li Sze memaklumkan kit tersebut sebagai alat saringan awal yang bernilai tinggi disahkan oleh EQAP sebagai alat yang mampu mengekalkan kualiti serta ketekalannya dalam menghasilkan ketepatan tahap tinggi.

Memandangkan penularan varian Omicron yang semakin membimbangkan, pengesanan awal, pengasingan dan rawatan kepada mereka yang dijangkiti adalah penting dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Sebanyak 122 buah klinik kesihatan dan hospital awam yang menggunakan RTK Antigen ProDetect® COVID-19 telah mengambil bahagian dalan EQAP. Kit ujian tersebut menyediakan keputusan ujian dalam tempoh 20 minit dan mampu mengesan semua varian yang membimbangkan, termasuklah Delta dan Omicron.

“Pencapaian Mediven dalam penilaian EQAP mencerminkan dedikasi dan misi syarikat untuk menyediakan teknologi diagnostik yang canggih,” ujar Ariff Ismail selaku Pengarah Eksekutif Mediven.

Mediven ialah syarikat diagnostik perubatan di Pulau Pinang yang membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan ujian molekul diagnostik klinikal berkualiti tinggi dan pantas.

Baru-baru ini, Mediven juga bekerjasama dengan MyDocLab melalui aplikasi penjagaan kesihatan bagi membolehkan sekolah, badan korporat dan individu mengurus pekerja dan status kesihatan diri dengan mudah dan efektif. Aplikasi tersebut membolehkan pelaporan ujian pantas antigen dilakukan dengan mudah bagi tujuan rentas sempadan antarabangsa di samping menjana laporan rasmi yang diakui profesional untuk Laluan Perjalanan Vaksin (VTL).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.