27 Februari 2022, 21:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengeluarkan amaran banjir di beberapa buah daerah di negeri Terengganu yang dijangka bermula pada pukul 7.00 malam ini.

Hal ini adalah susulan daripada Amaran Hujan Berterusan (Buruk) yang dikeluarkan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikeluarkan pada pukul 12.15 tengah hari tadi. Kawasan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

  1. Lembangan Sungai Dungun melibatkan daerah Dungun. Lokasi yang dijangka banjir termasuklah Kampung Serdang, Kampung Bukit Sodek, Kampung Padang Ping, Kampung Jerangau Sungai, Kampung Paya Kemudi, Kampung Wa, Kampung Legung, Kampung Chemuak, Kampung Talong dan kawasan rendah sekitarnya.
  2. Lembangan Sungai Besut melibatkan daerah Besut. Lokasi yang dijangka banjir termasuklah Kampung Mata Air, Kampung Lampu, Kampung Pulau Ribu, Kampung Alor Keladi, Kampung Alur Selinsing, Kampung Renek, Kampung Alur Lintah, Kampung Gong Kemuntong, Kampung Padang Buluh, Kampung Padang Tapung, Kampung Amir dan kawasan rendah sekitarnya.
  3. Lembangan Sungai Terengganu yang melibatkan Sungai Nerus di daerah Kuala Terengganu. Lokasi yang dijangka banjir termasuklah Kampung Tok Jiring, Kampung Padang Air, Taman Semarak, Taman Sri Embun dan kawasan rendah sekitarnya.
  4. Lembangan Sungai Terengganu yang melibatkan daerah Kuala Terengganu. Lokasi yang dijangka banjir termasuklah Kampung Banggol, Kampung Bukit Tumbuh, Kampung Pulau Rusa dan kawasan rendah sekitarnya.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihati penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka akan mengalami banjir diminta agar berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Penduduk boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa berkaitan dengannya melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir.

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.