25 Februari 2022, 12:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Gempa bumi dengan magnitud 6.1 skala Richter telah melanda  Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 9:39 pagi ini.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Alam Sekitar dan Air, pusat gempa bumi tersebut terletak pada 0.2° utara dan 100.0° timur, iaitu 76 kilometer barat laut dari Payakumbuh, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi tersebut mengakibatkan gegaran kuat yang turut dirasai di bahagian barat Semenanjung Malaysia, terutamanya di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MetMalaysia juga mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.