24 November 2021, 12:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap individu yang layak adalah digalakkan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak (booster dose). Tindakan ini bertujuan untuk memastikan tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan COVID-19. Pelaksanaan dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara dengan menggunakan vaksin Comirnaty.

Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menurut KKM, objektif pemberian dos penggalak ini adalah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

Sementara itu, pelaksanaan pemberian dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac yang layak dilakukan secara berfasa di seluruh negara. Pemberian dos penggalak ini diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd..

Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera. Kini, individu yang layak untuk menerima dos penggalak juga boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang protecthealth.com.my dan ikuti langkah pendaftaran seperti yang berikut:

  1. Buka laman sesawang protecthealth.com.my.
  2. Klik pada pautan “Cari Pusat Pemberian Vaksin (PPV)”.
  3. Pilih negeri anda.
  4. Pilih bandar anda.
  5. Klik “Cari”.
  6. Pilih lokasi PPV anda dan buat pendaftaran.

(Sumber video: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.