8 November 2021, 20:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Berdasarkan aplikasi penjejak vaksinasi New York Times, Malaysia berada di kedudukan ke-10 di dunia dengan 77% penduduknya mendapat vaksin sepenuhnya hari ini, sekali gus telah mengatasi negara seperti Tanah Besar China, Ireland, Denmark, Uruguay, dan Kanada.

Menurut aplikasi penjejak itu, Emiriah Arab Bersatu menduduki tempat pertama di dunia dengan 89% penduduknya telah menerima vaksin sepenuhnya. Diikuti dengan Portugal sebanyak 87%, Malta (85%), Singapura (82%), Chile (81%), Kemboja (80%), Sepanyol (79%), Qatar (78%), dan Iceland (77%).

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr. Anas Alam Faizli mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berada di kedudukan ke-10 bagi pencapaian vaksinasi penuh dunia dalam hantaran Facebook beliau.

Berdasarkan aplikasi penjejak vaksinasi New York Times mengikut negara, Malaysia telah menduduki tempat ke-10 di dunia untuk peratusan vaksin sepenuhnya. Tahniah, Malaysia!

Malaysia telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak 24 Februari 2021. Para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota sektor perubatan dan kesihatan serta anggota keselamatan telah menerima suntikan pertama.

Hingga hari ini, laman sesawang COVIDNOW menunjukkan bahawa 50 402 399 vaksinasi COVID-19 telah diberi dengan 24 552 038 orang telah diberi vaksin sepenuhnya.

(Sumber: Facebook Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr. Anas Alam Faizli)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.