Oleh Norhayati Luddin
23 Oktober 2021, 23:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kubang Kerian – Exco Wanita, Remaja dan Kanak-Kanak (WARAK), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang juga dikenali sebagai PAPISMA, berjaya  menganjurkan Seminar Penulisan Majalah yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan peserta dari seluruh negara.

Seminar melalui aplikasi Zoom itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seminar Penulisan Majalah dihadiri oleh kira-kira 48 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang, antaranya termasuklah pelajar Institut Pengajian Tinggi, guru, tentera, suri rumah, pensyarah, doktor, doktor gigi, dan pakar perubatan dan pergigian.

Objektif seminar tersebut adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta mengenai penulisan popular, seterusnya menggalakkan peserta agar menulis dan menghantar penulisan mereka untuk pertimbangan majalah yang berkaitan.

Seminar yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Penulisan dan Penerbitan, Exco WARAK PAPISMA, Dr. Aspalilah Alias menampilkan dua orang panel, iaitu Ritah Yahaya dan Mohd Faizal Aziz. Ritah Yahaya (Editor Majalah Dewan Kosmik) dan Mohd Faizal (Ketua Editor Majalah Sains (portal)), berkongsi tips dan pengalaman dalam bidang masing-masing untuk membantu para peserta seminar menghasilkan penulisan sains popular dalam Dewan Kosmik dan MajalahSains.com.

Perkongsian ilmu dan panduan penulisan dipertingkatkan antara panel dengan para peserta dalam sesi soal jawab. Sesi tersebut dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Norhayati Luddin, Ketua Unit Program dan Pensyarah Kanan dan Konsultan Prostodontik, yang berperanan sebagai moderator dan pengacara majlis.

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi