Oleh Azizi Ahmad
10 Oktober 2021, 21:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hari Kesihatan Mental Sedunia pertama kali disambut pada 10 Oktober 1992 untuk mempromosikan sokongan terhadap kesihatan mental dan mendidik masyarakat mengenai isu berkaitan dengan kesihatan mental.

Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 ialah “Kesihatan Mental dalam Dunia yang Tidak Setara (Mental Health in an Unequal World). Kesihatan mental menjadi tumpuan pada masa pandemik COVID-19  kerana banyak orang dari pelbagai latar belakang menanggung beban kebiasaan baharu dan terjejas dari aspek kesihatan. Sebagai contohnya, pekerja barisan hadapan, pelajar, individu yang tinggal bersendirian, dan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Individu yang mengalami masalah kesihatan mental berdepan dengan keadaan kesihatan jangka panjang di samping menghadapi diskriminasi. Individu yang  mengalami masalah  kesihatan mental mempuyai risiko yang lebih tinggi untuk mati sebelum waktunya. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan sistem sokongan yang baik dan bermanfaat bagi menangani masalah kesihatan mental.

Pandemik COVID-19 meningkatkan cabaran kita berlipat kali ganda untuk menangani masalah kesihatan mental,” kata Dr. Poonam Khetrapal Singh, Pengarah Wilayah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Peringkat Asia Tenggara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemurungan merupakan penyakit kesihatan mental yang paling biasa yang menjadi penyebab utama kecacatan. Bunuh diri pula menjadi penyebab kematian kedua bagi mereka yang berusia  antara 15 hingga 29 tahun. Majoriti penduduk yang hidup dengan masalah kesihatan mental adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mendapat rawatan yang mencukupi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.