Oleh Ritah Yahaya
8 Oktober 2021, 22:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kekal berpegang pada semangat yang ceria dan kreatif, Tic Tac bekerjasama dengan permainan mudah alih yang paling popular di Malaysia – Mobile Legends. Dengan evolusi amalan hiburan rakyat Malaysia, permainan dalam talian ialah forum terbaik untuk generasi muda merehatkan diri daripada kesibukan tugas harian dan memupuk semangat berkomuniti.

Memandangkan peranan Tic Tac dalam menawarkan ketenangan dengan cara tersendiri dan menyatukan orang ramai dengan pek ikoniknya, Mobile Legends. Tic Tac Malaysia melancarkan kempen “Refresh and Recharge” yang bermatlamat memberikan inspirasi kepada para pemain untuk merasai kesegaran dan meraikan little wins dalam permainan, sekali gus menghindarkan diri daripada elemen negatif dalam talian dan membangkitkan kembali sifat murni dalam diri mereka.

Pada malam ini, penstriman Refresh and Recharge (R&R) Night (RR) di laman Facebook Tic Tac Malaysia, dengan dua orang pemain Mobile Legends terkemuka di Malaysia, iaitu Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn), serta pempengaruh gaya hidup (lifestyle influencer), Muhammad Syah Fitri, (Syahfit).

Trio ini bertukar-tukar tip dan muslihat Mobile 2 Legends eksklusif, serta meluangkan masa melihat dan mengulas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang menghiburkan. Acara selama satu jam ini, termasuklah perlawanan persahabatan Tic Tac Legend antara mereka bertiga.

Mereka dikehendaki menggunakan penyepit (chopstick) untuk mengembalikan gula-gula Tic Tac ke dalam bekas mereka dalam permainan pertama, “Marksman Supreme”. Mereka juga harus membina menara Tic Tac tertinggi daripada bekas kosong dalam permainan Support Tower dalam kedua-dua sesi yang mereka akan meraikan little wins mereka dengan Tic Tac.

Sebagai sebahagian daripada kempen “Refresh and Recharge”, rakyat Malaysia berpeluang memenangi lebih 1500 aset seperti Diamond (50 hingga 1000 Diamond), Skin dan Hero setiap minggu. Orang ramai hanya perlu membeli Tic Tac dengan mana-mana perisa pudina (mint), minyak pooh (spearmint), oren (orange), dan strawberi (strawberry) dan memuat naik resit pembelian di www.tictac.my untuk layak memenangi hadiah.

Tic Tac juga akan memberikan 40 hadiah utama setiap minggu, termasuklah Limited Edition, Special Skins, Heroes, dan 1000 Diamonds. Untuk layak menerima hadiah bonus ini, gunakan hashtag #TicTacRecharge dan kongsi siaran awam di Facebook/Instagram anda dengan menyatakan sebab anda suka Tic Tac. Selepas anda mengikuti langkah yang dinyatakan, muat naik tangkapan layar siaran anda untuk layak  menyertai peraduan Bonus mingguan!

Kempen “Refresh and Recharge bersama-sama Tic Tac akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 28 November 2021. Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi boleh didapati di laman web Tic Tac Malaysia (www.tictac.my) Facebook Tic Tac Malaysia (https://www.facebook.com/tictacmalaysia/)

Tic Tac Tic Tac® ialah jenama gula-gula utama Ferrero Group. Tic Tac® mula dihasilkan pada tahun 1969, dan mencatatkan kejayaan sebagai gula-gula untuk nafas segar yang unik dan dengan penutup atas dan bunyi “berdetar” yang popular. Tic Tac® dalam rasa asli pudina dan oren benar-benar menguasai dunia, dipasarkan di lima buah benua.  Dengan matlamat untuk memberikan kejutan dan menceriakan pengguna dengan sensasi rasa segar, Tic Tac® kini menjadi satu jenama terkemuka di dunia dalam pembuatan gula-gula saku dengan pelbagai rasa pudina dan buah-buahan.

 Jenama ini mempunyai sejarah yang panjang di Malaysia dan kini mempunyai empat perisa, termasuklah pudina (mint), minyak pooh (spearmint), oren (orange), dan strawberi (strawberry). Tentang Mobile Legends: Bang Bang Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan  (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia yang menyatukan komuniti melalui kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada satu bilion pemasangan dan 100 juta orang pengguna bulanan aktif, permainan terunggul ini adalah antara 10 permainan dalam talian teratas yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80  buah negara. Dengan jangkauan yang luas di rantau Asia Pasifik, multiplayer tersedia di 139 buah negara dengan kehadiran e-sukan global yang luas.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi