Oleh Ritah Yahaya
6 Oktober 2021, 10:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sidang Editor Dewan Kosmik menyantuni FRIM pada 1 Oktober 2021 yang lalu membincangkan aktiviti penulisan, kerjasama pintar antara Dewan Kosmik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia (FRIM) atas inisiatif dan semangat “Citra Sahabat” Dr. Azharizan Mohamad Norizan, Penyelidik FRIM dan Sidang Editor Dewan Kosmik.

Dalam sesi tersebut, FRIM memperkenalkan tarikan terbaharunya, Jejantas Rimba FRIM yang menyajikan pandangan hutan buatan manusia dan bandar raya yang menakjubkan dari ketinggian 141 meter dari aras laut.

Jejantas Rimba FRIM yang terletak di Taman Botani Kepong dibina menggunakan perancah aluminium yang diperkukuh dengan tiub keluli dan kabel besi penampung. Jejantas jenis ini yang merupakan yang pertama di dunia terdiri daripada 11 buah menara dan lapan buah jambatan dengan pelantar berketinggian antara 18 meter hingga 50 meter yang berjumlah 250 meter panjang.

Pengunjung perlu berjalan kaki sejauh 100 meter untuk menikmati pemandangan hutan yang kaya dengan spesies flora serta fauna dan panorama indah bandar raya Kuala Lumpur. Antara spesies flora dan fauna termasuklah pokok durian (Durio zibethinus), pokok tarap, pelbagai pokok herba dan yang mempunyai nilai perubatan, pelbagai spesies serangga dan burung, monyet ekor panjang (Macaca fascicularis), dan tupai gergasi (Ratufa bicolor).

Jejantas Rimba FRIM.

(Sumber video: Hamzah Awang, Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.