Oleh Ritah Yahaya
16 September 2021, 12:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bukit Bendera, Pulau Pinang (sumber berita pada 15 September, pukul 11.54 malam) diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera Malaysia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Takiyuddin Hassan berkata pengumuman itu dibuat pada 15 September 2021 dalam mesyuarat ‘International Coordinating Council of the 33rd Session of the International Coordinating Council of the Man and the Biosphere Programme (ICC MAB).

Beliau berkata pengiktirafan itu kejayaan buat Malaysia, amnya dan kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya dalam pengurusan kawasan berkepentingan biodiversiti di samping komitmen dalam melaksanakan pembangunan mampan.

“Kementerian ini yakin bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus komited dalam menguruskan tapak rizab biosfera ini dengan baik dan berusaha mengekalkan status pengiktirafan ini pada masa akan datang demi melaksanakan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan di bawah program MAB ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdapat 20 spesies flora dan 550 spesies fauna di kawasan ini telah disenaraikan sebagai terancam dalam International Union for Conservation of Nature’s Red List (IUCN Red List) seperti penyu, ikan lumba-lumba, tenggiling, kongkang, dan Penang Island Rock gecko.

Tahniah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Malaysia! Hadiah Hari Malaysia yang ke 58 pada 16 September 2021 yang cukup bermakna.

(Sumber berita dan gambar: Bernama)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.