15 September 2021, 22:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hari Kesedaran Limfoma Sedunia disambut pada 15 September setiap tahun. Kanser limfoma merupakan kanser darah yang terjadi apabila sel limfosit, iaitu sel darah putih di kelenjar limfa membiak di luar kawalan. Gejala utama kanser limfoma ialah benjolan di leher, ketiak atau di pangkal leher. Gejala lain limfoma juga adalah seperti demam yang berpanjangan, hilang selera makan, hilang berat badan, ruam dan kegatalan kulit, keletihan, pembengkakan tonsil, dan berpeluh pada waktu malam.

Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, termasuklah pesakit autoimun, pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C dan penerima organ berisiko tinggi untuk dijangkiti kanser limfoma. Namun begitu, keadaan pandemik COVID-19 pada masa ini telah menyebabkan orang ramai takut untuk berjumpa dengan doktor walaupun mengalami gejala tersebut. Hal ini menyebabkan banyak kes limfoma lewat dikesan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa masing-masing.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.