6 September 2021, 13:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Berikutan pencapaian imuniti kelompok golongan dewasa di Sarawak yang menerima vaksin telah mencapai ketetapan 80%, kini Sarawak sedang membuat persiapan akhir Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan remaja berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun yang akan bermula pada hari Rabu ini sebagai perlindungan daripada pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, persiapan yang dilakukan adalah sejajar dengan pengumuman Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk memulakan pemberian vaksin kepada golongan remaja yang bermula di Sarawak.

Uggah juga memaklumkan bahawa setelah semua persediaan selesai dilakukan, perincian berkaitan dengan pelaksanaan PICK akan diumumkan. Pada masa yang sama, beliau berharap masyarakat yang layak menerima vaksin, tetapi masih enggan untuk divaksin agar segera membuat pendaftaran pengambilan vaksin.

Menurut beliau, 6 November 2021 merupakan hari terakhir untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19. Oleh hal yang demikian, masyarakat boleh ke Pusat Pemberian Vaksin atau klinik kesihatan berdekatan tanpa perlu membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.