1 September 2021, 15:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Demi menyahut Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mempercepat proses vaksinasi COVID-19, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Malaysian Confucius Home, Pergerakan Muda Malaysia (Cawangan Jalan Raja Chulan) atau lebih dikenali sebagai Young Malaysian Movement Jalan Raja Chulan (YMMRC), mengambil bahagian dalam Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah.

Young Malaysian Movement Jalan Raja Chulan (YMMRC).

YMMRC mendapat sokongan daripada perusahaan tempatan, Yayasan CNI dan BONIA bagi menjayakan program vaksinasi bergerak ini. IKON Connaught, Cheras menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada 24 Julai 2021 (dos pertama) dan 14 Ogos 2021 (dos kedua). Sebanyak 1492 orang awam menerima dua dos suntikan vaksin Sinovac dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 6.00 petang dalam tempoh tersebut.

Menurut Pengerusi YMMRC, Ang Soong King (Jeff), kes positif COVID-19 yang kian meningkat setiap hari turut menyumbang kepada pertambahan kluster baharu. Walau bagaimanapun, YMMRC yang memegang prinsip menyumbang kepada negara menganggap perkembangan semasa pandemik ini tidak menjejaskan peranannya untuk menyumbang tenaga bersama-sama barisan hadapan berjuang memerangi COVID-19.

Program vaksinasi bergerak ini melibatkan sukarelawan daripada YMMRC dan sebahagian sukarelawan dari YMM Segambut, YMM Kepong, YMM Taman Bukit Raya, dan YMM Taman Pertama yang menjadi petugas dalam program tersebut. Program ini bukan sahaja berupaya mengeratkan hubungan ahli cawangan YMM, malah meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

Sukarelawan yang terlibat dalam Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah.

YMMRC juga mengadakan bank makanan bergerak dengan memberikan bantuan kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Hospital Selayang yang kini berfungsi sebagai hospital COVID-19 sepenuhnya. YMMRC sangat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai agar dapat bersama-sama menyalurkan bantuan kepada keluarga dan masyarakat yang terjejas secara meluas.

Sebarang pertanyaan lanjut atau sumbangan, boleh layari laman sosial YMMRC di sini atau menghubungi urus setianya, Nicole melalui talian 013-2136595 atau e-mel [email protected].

Prastesen sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Stesen pertama sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sesi suntikan vaksin COVID-19.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.