1 September 2021, 15:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Rakyat Malaysia pelbagai golongan kini boleh mengakses maklumat tentang hidupan liar Malaysia, alam semula jadi dan individu yang melindungi haiwan liar melalui Layar Liar.

Layar Liar ialah siri dokumentari secara dalam talian sebanyak 52 episod dalam bahasa Melayu. Siri dokumentari yang dipaparkan bertujuan mendidik dan memupuk kesedaran serta rasa cinta akan kekayaan khazanah alam semula jadi dalam kalangan masyarakat.

Alam semula jadi yang terancam secara tidak langsung meningkatkan risiko kepupusan spesies fauna, justeru pendidikan dan kesedaran tentang peri pentingnya kita melestarikan ekosistem yang baik dan seimbang demi kemandirian biodiversiti negara kita yang kaya dan berharga.

(Sumber: Layar Liar)

Orang ramai juga boleh mengIkuti aktiviti seharian Dr. Zubaidah, pegawai veterinar di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan yang mencurahkan bakti merawat pelbagai haiwan liar yang cedera akibat jerat dan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab melalui pautan laman web, Facebook, YouTube, Instagram, TikTok Layar Liar.

(Sumber: Layar Liar)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.