Oleh Ritah Yahaya
28 Ogos 2021, 15:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bonnie Bunyau Gustin menyumbangkan emas pertama Malaysia di Paralimpik Tokyo dalam acara powerlifting bagi kategori 72 kilogram (kg) sebentar tadi.

Bonnie yang merangkul emas dengan angkatan seberat 228 kg berjaya mencipta rekod baharu sekali gus memecahkan rekod paralimpik Rio yang dipegang oleh Rasool Mohsin, atlet Iraq, dengan angkatan seberat 227 kg.

Bonnie mendahului saingan, bermula dengan angkatan seberat 217 kg, 225 kg, 228 kg sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya dengan angkatan seberat 231 kg, namun gagal.

Pingat perak dimenangi oleh  Mahmoud Attia dari Mesir dengan angkatan seberat 191 kg.  Mickey Yule dari Great Britain pula memenangi pingat gangsa dengan angkatan seberat 182 kg.

Syabas Bonnie!

 

(Sumber gambar: Utusan Malaysia)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.