Oleh Ritah Yahaya
31 Julai 2021, 17:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melantik 600 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar di bawah Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) hingga Jun lepas.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pelantikan itu bertujuan meningkatkan bilangan renjer, di samping menzahirkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan para renjer yang selama ini berkorban mempertahankan sumber kekayaan dan khazanah semula jadi negara.

Renjer ialah frontliner (anggota barisan hadapan). Mereka sebagai benteng untuk membanteras pencerobohan bagi melindungi biodiversiti. Renjer di negara ini berkhidmat di pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, malah terdapat sukarelawan di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang turut memainkan fungsi berkenaan.

Hari Renjer Sedunia disambut pada 31 Julai setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf peranan serta tanggungjawab yang dimainkan oleh renjer selaku pejuang belantara dalam memastikan sumber semula jadi dan biodiversiti negara dilindungi.

“Tugasan untuk melindungi hidupan liar, habitat semula jadi, menangani konflik manusia dan hidupan liar, menguruskan kawasan perlindungan serta penguatkuasaan tetap dijalankan dengan penuh dedikasi,” ujar Shamsul.

(Sumber: Bernama)

 

(Sumber): Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.