16 Julai 2021, 17:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang pada hari ini meluluskan penggunaan vaksin COVID-19, Sinopharm dan Johnson & Johnson secara bersyarat.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut yang dipantau dan dinilai berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa. Hal ini adalah untuk memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) produk vaksin ini kekal positif.

Beliau menegaskan, “KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi pandemik COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.”

Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa di Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

(Sumber): Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.