Oleh Ritah Yahaya
26 Jun 2021, 09:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Penjejak (tracker) malaria dilancarkan untuk membantu negara Komanwel memantau kemajuan ke arah mengurangkan kes malaria pada tahun 2023, dan akhirnya mengakhiri penyakit ini pada tahun 2030.

Penjejak malaria ini dikembangkan oleh sekumpulan pakar malaria dan Sekretariat Komanwel. Penjejak ini akan dilancarkan pada minggu ini di Sidang Kemuncak Kigali di Rwanda mengenai Penyakit Malaria dan Tropika yang bermula dari 21 Jun hingga 26 Jun 2021.

Para pemimpin Komanwel pada tahun 2018 komited untuk mengurangkan sebanyak 50% daripada wabak dan kadar kematian akibat malaria di seluruh negara Komanwel setidak-tidaknya pada akhir tahun 2019 dan menjelang tahun 2023. Pengurangan ini akan mencegah berjuta-juta kes malaria dan menyelamatkan banyak nyawa.

Bercakap menjelang pelancaran itu, Setiausaha Jeneral Komanwel The Rt Hon Patricia Scotland QC mengatakan bahawa “Walaupun COVID-19 telah menarik perhatian dan sumber daya dunia, hal ini juga sama pentingnya kepada kita untuk terus fokus pada komitmen malaria dan keadaan kesihatan yang lain. Membiarkan diri kita terganggu akan mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diperbaik terhadap kesihatan dan keselamatan manusia.”

Bercakap selepas pertemuan itu, Menteri Kesihatan Rwanda, Dr. Daniel Ngamige mengatakan bahawa “Kita harus kembali ke landasan untuk memenuhi komitmen bagi mengurangkan malaria pada tahun 2023 dan mempercepat kemajuan menuju penghapusan dengan komitmen global dan serantau.”

Beliau menjelaskan bahawa pelaburan untuk mengalahkan malaria bukan hanya akan menyelamatkan 217 000 nyawa di negara Komanwel setiap tahun, tetapi juga akan memberikan kesan tambahan terhadap penguatan sistem kesihatan keseluruhan yang dilengkapi dengan baik untuk mengatasi wabak dan melindungi semua warga negara Komanwel.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan Komanwel untuk memastikan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)) yang berikutnya akan menjadi tunggak utama, iaitu tanggungjawab bersama-sama kami terhadap komitmen mempercepat kemajuan untuk mengalahkan malaria.

Penjejak digital malaria menawarkan paparan interaktif untuk membantu pemimpin negara anggota memantau sasaran dalam bentuk grafik dan peta di samping mengenal pasti bidang yang perlu diperbaik. Penjejak malaria dihasilkan oleh agensi global yang pengalaman kreatif, iaitu Isobar sebagai sebahagian daripada perkongsian pro bono syarikat dan komitmen berterusan terhadap Malaria No More UK. Sementara, kepakaran teknikal diperoleh daripada African Leaders Malaria Alliance, Asia Pacific Leaders Malaria Alliance, RBM Partnership to End Malaria, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan Malaria No More UK.

(Sumber: media Commonwealth)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.