Oleh Ritah Yahaya
17 Jun 2021, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Atlet terkenal Cristiano Ronaldo terkenal dengan pendekatan yang tegar terhadap kecergasan. Tidak mengejutkan ketika pemain bola sepak legenda itu menjadi berita utama setelah mendedahkan satu tabiat sihatnya pada sidang media Euro 2020 pada 16 Jun 2021.  Dengan mengangkat sebotol air mineral dan mengucapkan “agua”, Ronaldo memilih air dan menolak dua botol minuman bergas popular itu. Ronaldo terkenal kerana cuba menghindari gula dalam dietnya. Dalam sidang media itu, dia memutuskan bahawa tubuhnya hanya memerlukan air dengan alasan yang baik.

Jika pakar pemakanan mungkin gembira melihat kapten bola sepak Portugal menolak minuman bergas itu, pelabur pula kurang senang setelah nilai pasaran syarikat tersebut turun lebih dari €3.2 billion. Harga saham syarikat yang menjadi penaja Euro 2020 juga turun 1.6 peratus akibat tindakan pemain berusia 36 tahun itu.

Menurut Institut Perubatan di Amerika Syarikat, pengambilan cecair yang mencukupi untuk orang dewasa adalah sekitar 2.7 liter sehari untuk wanita, 3.7 liter untuk lelaki, dan lebih banyak lagi jika anda berpeluh kerana cuaca panas atau melakukan aktiviti.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.