Oleh Ritah Yahaya
14 Jun 2021, 18:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya: Wartawan kelahiran Malaysia, Ed Yong memenangi Hadiah Pulitzer 2021. Tweet oleh The Pulitzer Prizes pada 12 Jun 2021 menyatakan bahawa Yong, seorang penulis sains dengan majalah Amerika, The Atlantic sejak tahun 2015 dianugerahkan Hadiah Pulitzer 2021 dalam laporan penjelasan mengenai pandemik COVID-19.

Melalui Twitternya pada 12 Jun 2021, Yong menjelaskan, “Saya melakukan yang terbaik untuk memberi pembaca landasan yang stabil bagi menghadapi krisis berkaitan dengan pandemik ini yang tidak masuk akal. Saya sedih cerita-cerita ini sering diperlukan. Saya harap berita yang saya hasilkan memberikan kelainan.”

Yong mengucapkan terima kasih kepada juri Pulitzer atas kemenangannya serta 300 sumber yang meluangkan masa untuk berkongsi kepakaran mereka dengannya, di samping rakan-rakannya di The Atlantic. Menurut Yong, dia akan mengagihkan wang kemenangannya kepada mereka yang bekerjasama dengannya yang terdiri daripada penyunting, penyunting salinan, pemeriksa fakta, artis, dan sebagainya.

(Sumber: Malaysiakini)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.