Oleh Ritah Yahaya
12 Jun 2021, 17:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

HABIB dan Zoo Negara Malaysia berkolaborasi untuk memberikan pendedahan dan sokongan membantu pemuliharaan Zoo Negara. Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, HABIB menawarkan kepada orang ramai wafer emas 24K/999.9 edisi terhad dalam rekaan enam haiwan ikonik Zoo Negara Malaysia, iaitu  Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill), Giant Panda, orang utan, Harimau Malaya, Kancil (Lesser Mousedeer), dan Gajah Asia.

Keenam-enam wafer emas seberat 0.2 gram ini berharga RM118.00, boleh didapati di bilik pameran HABIB di seluruh negara dan di laman web HABIB. Sebahagian daripada hasil penjualan wafer emas harimau ini akan disalurkan kepada Zoo Negara Malaysia.

(Sumber: https://www.facebook.com/znegaramalaysia)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.