11 Jun 2021, 18:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Berdasarkan kajian klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 66% daripada bekas pesakit COVID-19 mengalami sindrom pasca-COVID, khususnya bekas pesakit daripada kategori 4 dan kategori 5. Bekas pesakit akan kerap mengalami kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan sebarang aktiviti, sukar tidur malam, batuk, dan berasa gelisah

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, rawatan yang diberi hingga kini adalah berdasarkan simptom yang ditunjukkan oleh pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat. Pakar dalam bidang ini akan dirujuk bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum. Kajian klinikal akan terus dijalankan untuk mengenal pasti kesan sindrom pasca-COVID dan akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

(Dipetik daripada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat lanjut di laman web https://kpkesihatan.com/)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.