1 Jun 2021, 11:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping menggesa ahli profesional di China agar meningkatkan usaha untuk mencapai kemandirian serta pengukuhan diri dalam teknologi sains pada peringkat yang lebih tinggi ketika berucap dalam mesyuarat yang menggabungkan Perhimpunan Agung Anggota Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China serta Kongres Kebangsaan Persatuan Sains dan Teknologi China.

Beliau menyatakan bahawa kemandirian dan pengukuhan diri dalam bidang sains dan teknologi haruslah sentiasa dianggap sebagai sokongan strategik bagi pembangunan kebangsaan.

Menurut beliau lagi, China merupakan sebuah negara yang berpotensi besar dalam melaksanakan pelbagai inovasi. Beliau berharap agar ahli profesional teknologi sains di negara itu dapat memahami trend global, mengambil inisiatif, berani berhadapan dengan masalah, mengatasi pelbagai kesukaran untuk terus maju seiring dengan peredaran masa, dan melakukan pembaharuan yang berterusan.

Selain itu, pembangunan saintifik dan teknologi juga haruslah menyasarkan teknologi sains global, berkhidmat di medan perang ekonomi utama, berusaha untuk memenuhi keperluan negara dan memberikan faedah kepada kehidupan serta kesihatan masyarakat.

Beliau turut memuji kemajuan yang dicapai dalam inovasi teknologi sains, penyelidikan asas, inovasi asal, industri teknologi sains dan tahap atasan strategik, serta peranan ketara sains dan teknologi dalam membendung pandemik COVID-19. Oleh itu, beliau menegaskan kepada ahli profesionalnya supaya mengambil langkah inovasi yang berani dan bekerja tanpa lelah untuk memberikan lebih banyak sumbangan agar dapat merealisasikan impian China untuk terus maju dan menjadikan China sebuah negara yang mempunyai kuasa dalam bidang teknologi sains.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.