28 Mei 2021, 11:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada hari ini, pukul 5:16 petang (waktu Malaysia) dan umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Istiwa A’dzam yang akan berlaku ialah apabila kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 tengah hari waktu Mekah). Fenomena ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun.

Arah kiblat boleh disemak dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Cuaca juga perlu dalam keadaan yang baik (tidak mendung atau hujan) agar bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.

Setelah selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat dengan menggunakan aplikasi telefon pintar masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.