Oleh Ritah Yahaya
17 April 2021, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pada tahun 2021, fasa bulan purnama yang terjadi ketika perigi atau apogi adalah pada 27 April dan 26 Mei dengan jarak bulan masing-masing 357 378 km dan 357 311 km. Fasa purnama yang terjadi ketika perigi dikenali sebagai “bulan purnama gedang” (supermoon). Pada malam tersebut, bulan purnama akan kelihatan lebih besar daripada bulan purnama yang lain.

Kedudukan apogi dan perigi bulan dalam orbit elips.

Jika fasa bulan purnama terjadi ketika perigi atau apogi, bulan akan kelihatan lebih besar daripada fasa purnama yang lain. Sebaliknya jika fasa purnama berlaku ketika apogi, bulan akan kelihatan lebih kecil dari fasa purnama yang lain. Bulan purnama ketika perigi dapat dilihat 7% lebih besar daripada purnama biasa, dan 12% lebih besar daripada purnama ketika apogi. Bulan purnama ketika perigi juga lebih cerah, iaitu kecerahannya antara 20% hingga 30% daripada purnama yang lain.

(Sumber: Dr. Kassim Bahali, Felow Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.