Oleh Rafidah Zainon
17 Mac 2021, 19:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku dalam kehidupan kita yang dapat dikaitkan dengan fizik. Peristiwa ini berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Adakah perasaan ingin tahu akan mendorong anda untuk bertanya apakah yang sedang berlaku dan bagaimana ia berlaku?

Slot ini akan menerangkan keajaiban untuk semua soalan ini dan perkaitannya dengan fizik Mari kita lihat 10 contoh terdekat dalam kehidupan kita yang dapat dikaitkan dengan fizik bermula daripada anda bangun tidur.

1. Jam loceng

Bunyi deringan daripada jam loceng membantu anda untuk bangun pagi seperti yang dijadualkan. Bunyi ini terhasil daripada jam loceng adalah berdasarkan prinsip fizik, iaitu mekanik kuantum. Jam menandakan masa menggunakan arus elektrik ulang alik yang terhasil daripada palam dinding yang mana direkabenutk untuk berayun tepat 60 kali per saat. Arus ulang alik tersebut menggunakan konsep kuantum fizik. Kuantum fizik ini sangat berharga untuk pemproses yang mengubah arus ulang alik daripada palam dinding kepada isyarat yang memberikan input kepada paparan digital jam tersebut.

2. Seterika stim

Seusai bangun pagi, anda pasti akan bersiap sama ada ke sekolah, universiti atau pejabat. Anda pasti akan menyeterika baju anda dengan menggunakan seterika. Di sini, Fizik memainkan peranan penting. Seterika stim adalah satu mesin yang menggunakan banyak aplikasi fizik untuk ia berfungsi. Prinsip fizik yang utama dalam aplikasi ini adalah haba. Haba dalam termodinamik adalah sejenis tenaga yang dipindahkan daripada bahan yang lebih panas kepada bahan yang lebih sejuk. Kerja menyeterika ini menjadi lebih mudah dengan adanya tapak besi yang dapat mengalirkan haba untuk proses ini.

3. Berjalan

Kini, anda dah bersedia untuk ke sekolah, universiti atau pejabat dengan apa sahaja medium pengangkutan. Semestinya anda akan berjalan beberapa tapak sebelum menaiki sebarang pengangkutan. Anda boleh berjalan dengan mudah kerana aplikasi fizik semasa berjalan. Geseran yang baik antara tapak kasut dan permukaan jalan membolehkan anda berjalan tanpa licin. Walaubagaimanapun, jika terdapat kulit pisang atau anda terpijak objek yang licin, anda pasti akan jatuh serta merta. Apakah yang menyebabkan anda terjatuh? Ia adalah disebabkan kurangnya geseran antara tapak kasut anda dengan permukaan jalan.

4. Pena mata bulat

Tidak kira sama ada anda di sekolah, univesiti atau pejabat, pena mata bulat adalah teman sejati anda. Bagaimanakah anda menulis di atas kertas dengan menggunakan pena mata bulat? Dalam kes ini, konsep graviti memainkan peranan penting. Apabila anda menggerakkan pen di atas kertas, mata pen tersebut bergerak dan daya graviti memaksa dakwat pada pena mata bulat untuk turun ke bawah dan dipindahkan di atas kertas. Inilah hasil tulisan dan lakaran pada kertas!

5. Fon telinga

Apabila anda bosan, kebanyakan daripada kita akan mendengar muzik menggunakan fon telinga. Pernah anda terfikir bagaimana fon telinga berfungsi? Sekali lagi, fizik membuktikan keberkesanannya. Fon telinga  menggunakan konsep magnet dan gelombang bunyi. Apabila anda menyambungkan fon telinga pada peralatan sama ada komputer, telefon bimbit atau alat elektronik yang lain, magnet pada fon telinga akan membentuk medan elektromagnet yang mana akan menghasilkan gelombang bunyi. Nah, disinilah terhasilnya muzik kegemaran anda!

6. Tali pinggang keledar kereta

Pernah anda terfikir prinsip apakah yang digunakan oleh tali pinggang keledar kereta anda? Sekali lagi fizik digunakan. Apabila anda memasang tali pinggang keledar kereta anda, ia berfungsi menggunakan konsep inersia. Inersia adalah rintangan objek terhadap sebarang perubahan halaju. Jika kereta berlanggar, tali pinggang keledar kereta akan mengelakkan badan anda daripada bergerak ke arah hadapan; badan anda rintang untuk diberhentikan kerana inersia gerakan.

7. Lensa kamera

Fenomena swafoto telah melanda kehidupan setiap orang tanpa mengenal lapisan umur. Anda sudah pasti antara salah seorang yang gemar berswafoto. Lensa yang digunakan pada kamera berfungsi berdasarkan prinsip Optik. Set lensa kanta cembung membolehkan kamera mengambil gambar anda secara swafoto.

8. Sel telefon

Sel telefon telah menjadi satu keperluan yang penting dalam kehidupan manusia kini. Agak sukar untuk melihat manusia tanpa sel telefon masing-masing. Adakah anda tahu bagaimana sel telefon berfungsi? Ia berfungsi berdasarkan prinsip elektrik dan elektromagnet yang mengalunkan corak elektrik dan magnetnya untuk membolehkan pelbagai aplikasi dilakukan dengan menggunakan sel telefon.

9. Bateri

Kereta, sel telefon, mainan, dan pelbagai barang elektronik menggunakan bateri. Bateri berfungsi menggunakan prinsip kapasitans. Sejak kurun ke-18, kapasitor telah digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik. Benjamin Franklin adalah saintis pertama yang telah memperkenalkan frasa bateri untuk beberapa siri kapasitor dalam aplikasi penyimpanan tenaga.

10. Radar Doppler

Untuk memeriksa kenderaan yang melebihi kelajuan yang ditetapkan, polis menggunakan konsep Radar Doppler. Radar Doppler berfungsi dengan menggunakan prinsip kesan Doppler. Kesan Doppler ini mengubah nada bunyi apabila sumber bunyi bergerak relatif kepada pendengar. Hal ini kerana frekuensi gelombang bunyi berubah apabila sumber bunyi bergerak lebih dekat atau lebih jauh daripada pendengar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.